Anne Abdullah berhijab selepas mengerjakan umrah

Anne Abdullah berhijab selepas mengerjakan umrah

Doakan untuk saya

Demikian permintaan pelakon Anne Abdullah yang tampil berhijab selepas menunaikan ibadah umrah pada Disember lalu.



Mengulas lanjut imej baharunya itu, Anne memaklumkan niat bertudung sudah lama timbul, namun terpaksa ditangguhkan demi tuntutan kerja.

“Daripada tahun lepas saya simpan niat nak pakai tudung. Cuma, masa itu saya ada projek drama di mana wataknya tak bertudung.

“Selepas selesai semuanya dan sekembalinya saya mengerjakan umrah pada Disember lalu, saya terus nekad untuk kekal berhijab.

“Niat ini juga sempena usia yang menginjak 50 tahun,” katanya.



Selepas mengenakan hijab. pelakon drama rantaian 7 Hari Mencintaiku

itu mengakui, hidupnya kini lebih tenang.

“Sebelum berhijab, fikiran selalu serabut. Sekarang walau tak dapat ‘job’ saya tetap tenang.

“Tetapi, biasalah bila kita berhijab, pasti akan ada ujian. Sepanjang tempoh awal bertudung, saya memang tiada tawaran kerja.



“Mungkin Allah nak uji apakah saya akan istiqamah atau sebaliknya.

“Malah, ada juga orang sekeliling minta saya buka tudung. Apapun, saya tak nak cakap lebih-lebih dalam hal ini.

“Cuma saya harap Allah tidak membolak-balikkan hati saya.

“Saya bersyukur keluarga banyak menyokong dan suka dengan penampilan terkini saya,” ungkap pemilik nama sebenar, Noraini Abdullah ketika ditemui pada malam gala filem Pagari Bulan, malam tadi.



Berkongsi perkembangan kerjayanya, Anne yang juga penyanyi dan penerbit itu bakal menjalani penggambaran filem seram pada penghujung tahun ini.

“Insya-Allah, saya akan masuk set filem seram berjudul Bukit Fraser.

“Saya juga baru selesai berlakon dalam drama bersiri seram arahan Sabri Yunus. Dalam drama itu saya pegang watak ustazah.

“Sejak bertudung, saya banyak dapat tawaran bawa watak ustazah. Alhamdulillah, rezeki,” ujar Anne. BH



Anne Abdullah berhijab selepas mengerjakan umrah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker