Tawaran Muhyiddin bukan rasuah, kata Nazri

Tawaran Muhyiddin bukan rasuah, kata Nazri

Cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam, bukannya rasuah sebaliknya tawar menawar politik, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.

Walaupun menyatakan persetujuan dengan kerjasama rentas parti dikemukakan Muhyiddin, beliau bagaimanapun menyatakan kebimbangan berhubung kerjasama dengan DAP.



Katanya, apa yang dicadangkan Muhyiddin Yassin itu sudah dilaksanakan oleh kerajaan Perak ketika krisis undi percaya sehingga membawa kepada pelantikan menteri besar baharu.

“Saya sokong dan saya bersetuju tetapi mungkin kebimbangan mengenai kerjasama dengan DAP. Sebenarnya kerajaan Perak pun dapat sokongan DAP, jadi apa yang dicadangkan oleh perdana menteri sama seperti jajaran yang berlaku di Perak.

“Di Perak, masa undi percaya sehingga membawa pelantikan MB (menteri besar) baharu, DAP sokong, DAP diberi peruntukan sama seperti yang diterima ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kerajaan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Justeru, Mohamed Nazri berkata, apa yang ditawar perdana menteri bukan rasuah sebaliknya tawar-menawar politik.



Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim pula berkata, beliau tetap menyokong cadangan dikemukakan perdana menteri untuk memastikan kerajaan stabil dalam menangani pandemik Covid-19.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Tawaran itu bagus dibuat dengan niat yang suci murni cuma saya nak tanya kumpulan 15 (Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan kepada perdana menteri) ini. Apa yang kamu mahu kalau kerajaan jatuh.



“Kalau kerajaan jatuh, Anwar (Ibrahim, Presiden PKR) dapat majoriti. Dia (Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi) nak apa?” katanya.

Semalam, perdana menteri menerusi ucapan khas, mengemukakan cadangan persefahaman rentas parti bagi membolehkan usul percaya kepada perdana menteri diluluskan dengan undi bipartisan di Dewan Rakyat, sekali gus kerajaan boleh terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba masa sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri berkata, beliau sudah berunding dengan anggota Kabinet dan pimpinan parti-parti dalam kerajaan PN untuk membuat keputusan terbaik demi rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan peribadi serta rakan-rakan lain. FMT

Tawaran Muhyiddin bukan rasuah, kata Nazri



Game Plan Terbaru Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker