Tak pedulikan hujan, remaja keras disambar petir seorang maut seorang cedera

KOTA KINABALU: Keseronokan sekumpulan remaja bermain bola sepak berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat disambat petir di Padang Pekan Papar, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, remaja OKU dikenali sebagai Muhammad Zulqilfle Redzwan,13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata,  sepasukan sembilan pegawai dan anggota ke lokasi yang berada di hadapan BBP Papar selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu.



Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 100 meter dari balai, terdapat dua mangsa yang terlibat.

“Semasa anggota tiba di lokasi, kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan mendapati salah seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala, seorang mangsa mengalami kecederaan dan dibawa  ke hospital.

“Maklumat baharu yang diterima mangsa cedera dikenali sebagai Assiy Qusyairy,13, telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



Difahamkan kedua-dua mangsa sedang bermain bola sepak bersama rakan lain ketika hujan sebelum dua daripada mereka disambar petir

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin



Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker