Wan Amzar Izzuddin pendebat bahasa Arab terbaik dunia

Wan Amzar Izzuddin pendebat bahasa Arab terbaik dunia

Pendebat Malaysia, Wan Amzar Izzuddin Wan Mohd Azlan diumumkan sebagai peserta terbaik Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Doha, Qatar, kelmarin.

Turut cemerlang pertandingan edisi keenam itu rakan sekolahnya, Abdul Muizz Hasanulddin yang meraih pendebat kedua terbaik.



Dua pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Terengganu itu berjaya menewaskan peserta lain dari 34 negara yang mengambil bahagian.

Kejayaan dua pendebat kategori bukan penutur jati bahasa Arab itu secara tidak langsung mengubat kekecewaan pasukan negara yang tidak berjaya ke pentas final selepas tumpas kepada pendebat Bahrain pada pusingan ketiga.

Selain dua pelajar SMAASZA itu, turut berada dalam senarai pendebat negara adalah pelajar Maahad Pontian Johor, Daing Muhammad Hasbi Daing Armey dan Khatib Sulaiman Mustafa. Mereka dibimbing pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang diketuai Mohamad Ikmal Hakimi Mohamad Helni.

“Kejayaan ini adalah yang tertinggi di pentas antarabangsa, saya tidak menyangka dinobatkan pendebat nombor satu dunia, lagipun saya bukan orang Arab, apa-apapun syukur Alhamdulillah.



“Kejayaan ini juga membuktikan anak Malaysia juga mampu menggegar dunia walaupun bukan penutur jati dalam bahasa Arab,” kata Wan Amzar Izzuddin.

Rakannya, Abdul Muizz berkata, kejayaan itu membuktikan pelajar dari Malaysia juga mampu menguasai dengan baik bahasa asing walaupun bukan penutur jati.

Sementara itu Pengetua SMAASZA, Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad yang turut sama mengiringi pendebat merakam penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, kewangan dan buah fikiran bagi menjayakan perjalanan pendebat negara. BH

Wan Amzar Izzuddin pendebat bahasa Arab terbaik dunia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker