Fatwa dikeluarkan selepas perkenan Sultan Johor

Fatwa dikeluarkan selepas perkenan Sultan Johor

Kerajaan Johor meminta semua pihak termasuk ahli politik tidak membuat sebarang kenyataan yang memecah-belah masyarakat dan mengelirukan, terutama membabitkan fatwa.

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata di Johor, fatwa hanya boleh ditetap oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.



“Fatwa jawapan hukum bagi pelbagai situasi yang berlaku sama ada situasi yang sedia ada atau situasi baru.

“Sesuatu fatwa dinisbahkan atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan ketidaktentuan berhubung dengan hukum syarak.

“Fatwa boleh dibuat dan diputuskan sama ada atas perintah Sultan Johor dan boleh dibuat atas kehendak jawatankuasa fatwa itu sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada mufti seperti digariskan di dalam Fasal 47 Enakmen.

“Oleh yang demikian, tiada mana-mana pihak yang layak mengeluarkan sebarang hukum dalam urusan beragama di negeri ini” katanya.



Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mengatakan haram bagi mereka yang mengundi calon PH, Suhaizan Kayat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Muhyiddin dilaporkan mendakwa, tindakan tidak mengundi Suhaizan itu perlu bagi menunjukkan bantahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan Kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

“Jangan bagi satu undi pun pada pihak Suhaizan Kayat Johor. Jangan bagi satu undi pun.

“Saya bagi hukum haram. Ada yang esok mencabar saya berhubung hal ini, tanya ikut fatwa mana? Namun tak boleh (undi) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang. Sudah sembilan bulan berlalu ujian (bagi rakyat) macam soal kenaikan harga barang,” kata Muhyiddin ketika berucap pada Ceramah Perdana PN di Kempas, di sini, Sabtu lalu.



Dalam pada itu, Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata, tiada sesiapa atau mana-mana individu pun di Johor layak mengeluarkan atau mengumumkan fatwa secara membuta tuli.

Katanya, ia sama ada secara peribadi atau mewakili mana-mana pertubuhan.

“Semua pihak wajar sentiasa menjaga adab dan perpaduan sesama umat Islam dan seluruh masyarakat di Johor.

“Agama Islam di Johor kekal dimartabat, bahkan diimarahkan pensyariatannya dengan pengembangan dakwah serta syiar Islam yang berterusan di bawah naungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar,” katanya. BH



Fatwa dikeluarkan selepas perkenan Sultan Johor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker