Saya mohon maaf – Suhaimi Sulaiman

Saya mohon maaf – Suhaimi Sulaiman

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memohon maaf kepada juara Bintang Kecil 2023, Kiki dan pemenang tempat kedua, Farha susulan insiden kesilapan teknikal sewaktu majlis pengumuman pemenang program itu malam tadi.

Suhaimi dalam satu hantaran video di Instagram berkata, kesilapan pemenang tempat pertama dan kedua berlaku disebabkan format lampu yang sepatutnya menyala ke atas juara Bintang Kecil 2023, namun yang berlaku adalah sebaliknya.



“Video ini saya tujukan khas kepada adik Kiki dan Farha iaitu pemenang tempt pertama dan kedua Bintang Kecil 2023 yang berlangsung semalam.

“Saya tahu perasan Kiki dan Farha tertekan kerana format kita lampu akan menyala kepada peserta yang menang. Kiki memenangi pertandingan semalam tapi lampu itu ditujukan dan menyala ke atas Farha.

“Jadi saya minta maaf bagi pihak RTM dan akhirnya kita selesai pertandingan itu,” katanya.

Menurut Suhaimi, Azam Pitt yang bertindak sebagai pengacara program itu sudah sedaya upaya menyelamatkan kesilapan yang berlaku, namun disebabkan masalah teknikal perkara itu menjadi sukar.



“Azam sebagai pengacara cuba membetulkan keadaan tapi agak terlambat sebab lampu itu sudah terlampau lama menyala dan tak dapat bergerak hingga tersekat ketika itu sekali gus memberi tekanan kepada semua.

“Saya pun yang berada di atas pentas dapat rasakan tekanan itu. Saya mendoakan terus kejayaan Kiki dan Farha.

Terdahulu tular video yang memaparkan kesilapan pengumuman juara dan naib juara Bintang Kecil 2023 yang diadakan secara langsung di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak.

Bukan hanya itu, malam penuh bersejarah itu turut dikejutkan dengan insiden kesilapan pengumuman pemenang peserta terbaik yang disifatkan sebagai satu gimik oleh pengacara. HM



Saya mohon maaf – Suhaimi Sulaiman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker