Kempen boikot bazar Ramadhan

Bolehkah umat Islam boikot?

Kempen boikot bazar Ramadhan

Memasuki hari ketiga umat Islam berpuasa, pelbagai perkongsian dan maklum balas diberikan oleh orang ramai terutama melibatkan harga jualan di bazar Ramadan yang dikatakan terlalu mahal.

Ramai beranggapan harga disediakan untuk setiap juadah tidak masuk akal apabila ada yang menjual kuah kosong dengan caj RM3.



Tinjauan di platform media sosial mendapati, beberapa pengguna mula merangka strategi untuk melancarkan kempen boikot bazar Ramadan dengan tujuan mahu memberi kesedaran kepada golongan peniaga terlibat.

Pengguna laman X @chairmanGLC, memuat naik ciapan dengan mengatakan ‘Jangan sampai netizen boikot bazar Ramadan’ susulan dakwaan yang dibuat pengguna Roni Yaakub mengatakan ada peniaga menjual sekeping telur mata goreng pada harga RM4.50.

Dalam pada itu, antara perkongsian lain dikongsikan pengguna media sosial, rata-rata lauk di bazar Ramadan dijual bermula RM7 hingga RM14 untuk satu senduk, manakala aneka pilihan nasi ditawarkan serendah RM10 sebungkus.

Sementara itu, ada juga yang mempertikai, kebanyakan peniaga bazar Ramadan adalah peniaga sama berniaga di pasar malam.



Namun, harga jualan makanan mereka jauh berbeza dengan kenaikan RM3 hingga RM7 ringgit meskipun menu yang sama.

“Aku cam lebih dari lima orang peniaga sama yang berniaga di pasar malam dan sekarang berniaga di bazar Ramadan. Kenapa ya aku beli minggu lepas nasi ayam dia masih RM6 sebekas. Hari ini aku beli pada mak cik sama harga naik sampai RM10. Jauh sangat beza.

“Berapa puluh ribu sewa tapak bazar sampai peniaga naik harga hampir dua kali ganda. Kalau aku lancar kempen boikot Bazar, ada yang nak jadi ahli?,” soal Azriuddin dalam hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan kisah tular seorang pembeli yang terkejut apabila pulut panggang yang dibelinya keras seperti kayu dan tidak dapat dimakan sewaktu berbuka. K Online



Kempen boikot bazar Ramadhan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’



Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama



A Aida ‘blacklist’ Ruhainies



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker