Skuad cilik Yayasan Real Madrid Malaysia ukir nama di Madrid

Skuad cilik Yayasan Real Madrid Malaysia ukir nama di Madrid

Skuad cilik Yayasan Real Madrid Malaysia ukir nama di Madrid
SKUAD B-10 Yayasan Real Madrid Malaysia bergambar selepas perasmian saingan FRM World Challenge 2026 bersama legenda Real Madrid dan Brazil, Roberto Carlos (belakang sekali kanan).

Kuala Lumpur: Pasukan Yayasan Real Madrid Malaysia mencuri tumpuan apabila skuad bawah 10 tahun (B-10) berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-15 daripada 28 pasukan dalam saingan Fundación Real Madrid (FRM) World Challenge 2026, yang berlangsung dari 29 Mac hingga 4 April lalu, sekali gus membuktikan peningkatan ketara di pentas antarabangsa.

Lebih manis, pencapaian itu hadir selepas kegagalan melepasi peringkat kumpulan pada edisi tahun lalu, sekali gus memperlihatkan perkembangan positif program pembangunan bolasepak akar umbi khususnya di yayasan itu.

Malaysia menghantar tiga kategori pasukan iaitu B-10, B-12 dan B-14 ke kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan FRM dari seluruh dunia itu.

Bagi skuad B-10, mereka mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang kejohanan dengan meledak sembilan gol keseluruhan, sekali gus memberi saingan sengit kepada lawan yang lebih berkelebihan dari segi pilihan pemain berdasarkan puluhan pusat yayasan berbanding cuma satu di Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat


Paling mencuri tumpuan sudah pasti aksi pemain muda berbakat, Tengku Atif Raiyan Tengku Mohd Fauzi yang muncul penjaring terbanyak pasukan dengan empat gol selain turut menyumbang satu bantuan jaringan.

Aksi terbaik Raiyan hadir dalam perlawanan penentuan tempat ke-15 dan ke-16 menentang Kanada, apabila dia meledak hatrik untuk memastikan kemenangan bergaya buat Malaysia 4-2.

Kejayaan itu bukan sahaja melonjakkan prestij pasukan, malah menjadi bukti bahawa bakat muda negara mampu bersaing di pentas global jika program pembangunan lebih menyeluruh mencari bakat-bakat dan diberi pendedahan secukupnya.

Pencapaian ini pastinya menjadi suntikan motivasi buat generasi pelapis bola sepak negara untuk terus melakar kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan.

Skuad cilik Yayasan Real Madrid Malaysia ukir nama di Madrid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker