Everton abadi memori Hillsborough

Everton abadi memori Hillsborough

Everton abadi memori Hillsborough
STADIUM Hill Dickinson. FOTO Reuters

Liverpool: Everton memperingati ulang tahun ke-37 tragedi Hillsborough dengan penuh penghormatan apabila melancarkan tugu peringatan kekal di stadium baharu mereka, Stadium Hill Dickinson, semalam.

Tugu itu didedikasikan khas buat 97 penyokong bola sepak yang terkorban dalam insiden tragis pada 1989, yang berlaku ketika aksi separuh akhir Piala FA antara Liverpool dan Nottingham Forest di Sheffield.

Dalam kejadian itu, para penyokong kebanyakannya golongan muda maut akibat rempuhan di kawasan tempat duduk yang sesak dan berpagar, menjadikannya antara tragedi stadium paling buruk dalam sejarah bola sepak dunia.

Tugu peringatan itu menampilkan simbolik perpaduan apabila menggambarkan dua maskot muda berpegangan tangan, seorang kanak-kanak perempuan memakai jersi Everton bernombor sembilan dan seorang kanak-kanak lelaki berbaju merah Liverpool bernombor tujuh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat


Simbol itu membawa mesej bahawa kemanusiaan mengatasi segala bentuk persaingan, termasuk permusuhan tradisi antara dua kelab seteru dari Merseyside itu.

Dalam satu kenyataan, Everton memaklumkan bahawa mereka turut menjemput keluarga mangsa tragedi Hillsborough serta wakil dari Liverpool bagi sama-sama memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban.

Majlis penuh emosi itu turut diserikan dengan kehadiran legenda Liverpool, Kenny Dalglish dan Ian Rush yang meletakkan kalungan bunga sebagai tanda ingatan dan solidariti.

Kedua-dua pasukan dijadual bertemu dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad ini, dengan perlawanan itu dijangka berlangsung dalam suasana penuh hormat bagi mengenang tragedi yang kekal terpahat dalam sejarah bola sepak.

Everton abadi memori Hillsborough

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker