Van Dijk akui PSG beraksi lebih baik berbanding Liverpool
Van Dijk akui PSG beraksi lebih baik berbanding Liverpool

Liverpool: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk mengakui pasukannya tidak mempunyai alasan selepas disingkirkan juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Anfield, awal pagi tadi.
PSG melangkah ke separuh akhir selepas menang 2-0 pada aksi timbal balik suku akhir itu, sekali gus menoktahkan cabaran Liverpool dengan agregat 4-0.
Van Dijk berkata, kekalahan itu cukup mengecewakan, namun mengakui lawan tampil lebih baik sepanjang dua perlawanan.
“Amat mengecewakan apabila tersingkir, tetapi PSG memang lebih layak untuk mara.
“Saya kecewa kami tersingkir tetapi itulah realitinya. Saya fikir PSG layak untuk mara berdasarkan dua perlawanan itu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
Kekalahan itu turut diburukkan dengan kecederaan serius penyerang, Hugo Ekitike yang terpaksa dikeluarkan dengan pengusung selepas mengalami kecederaan di bahagian kakinya.
Difahamkan, kecederaan berkenaan berkemungkinan membabitkan tendon Achilles yang boleh menyebabkan dirinya perlu berehat panjang, sekali gus menjejaskan peluangnya bersama skuad Perancis ke Piala Dunia 2026.
Van Dijk akui PSG beraksi lebih baik berbanding Liverpool
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
You must be logged in to post a comment.