Liek Hou hampir pasti layak ke Sukan Para Asia 2026
Liek Hou hampir pasti layak ke Sukan Para Asia 2026

Kuala Lumpur: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou hampir pasti mengesahkan tempat ke Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 dalam acara perseorangan berdasarkan kedudukan ranking semasa.
Pemain nombor satu dunia itu berkata dia yakin sudah memenuhi kriteria kelayakan dengan tempoh penilaian dijangka berakhir Julai ini.
“Untuk diri saya, memang saya rasa saya sudah layak sebab sekarang saya berada di ranking pertama dunia. Jadi rasanya saya tidak ada masalah untuk layak,” katanya.
Bagaimanapun, situasi berbeza membabitkan acara beregu apabila pasangan Mohamad Faris Ahmad Azri dalam kategori SU5 masih perlu mengumpul mata kejayaan.
Menurut Liek Hou, Faris perlu meningkatkan prestasi dalam kejohanan antarabangsa akan datang, termasuk di Perancis dan Ireland bagi memperbaiki kedudukan ranking dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
“Untuk pasangan saya dalam beregu, dia belum layak lagi. Jadi, dia perlu paksa diri untuk menang beberapa pusingan dalam kejohanan antarabangsa seterusnya,” katanya.
Sekiranya Faris gagal layak, Liek Hou mengakui dia mungkin memberi tumpuan penuh kepada acara perseorangan.
Dalam perkembangan lain, bagi kategori kerusi roda, gandingan Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan dilihat berada di landasan tepat untuk beraksi di temasya berkenaan.
Mengulas sasaran peribadi, Liek Hou memasang misi untuk merampas semula pingat emas perseorangan SU5 yang pernah dimenanginya pada edisi 2014.
“Sasaran saya memang nak dapatkan semula pingat emas. Persediaan sangat penting untuk tingkatkan kondisi. Sekarang saya rasa ada beberapa perkara perlu diperbaiki untuk kekal konsisten.
“Antaranya saya kurang tidur, pemakanan tak bagus atau tersilap makan. Jadi semua itu perlu diperbaiki sebelum ke Sukan Para Asia,” katanya.
Kali terakhir dia merangkul emas adalah pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dalam acara perseorangan dan beregu.
Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 dijadual berlangsung pada 18 hingga 24 Oktober ini di Jepun, dengan badminton para kekal sebagai antara sandaran utama pingat kontinjen negara.
Liek Hou hampir pasti layak ke Sukan Para Asia 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
You must be logged in to post a comment.