Pendekatan simulasi antara persiapan hadapi Piala Thomas, Uber

Pendekatan simulasi antara persiapan hadapi Piala Thomas, Uber

Pendekatan simulasi antara persiapan hadapi Piala Thomas, Uber
PEMAIN skuad Piala Thomas dan Uber negara bersama jurulatih serta pegawai berlepas ke Denmark bagi persiapan menghadapi kejohanan bermula 24 April ini. FOTO BAM

Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulatihan Beregu negara, Rexy Mainaky menegaskan pendekatan simulasi akan menjadi antara fokus utama dalam tempoh lapan hari kem latihan sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas dan Uber 2026 di Horsens, Denmark.

Menurut Rexy, sesi simulasi itu akan dijalankan bagi memberi gambaran sebenar suasana kejohanan, walaupun hanya membabitkan pemain dalam kem latihan.

“Kita akan buat simulasi. Ada satu hari kita akan buat simulasi sesama kita sahaja, tapi kita akan libatkan orang untuk datang tengok.

“Untuk lapan hari ini memang kita sudah ada program. Kita sudah masukkan simulasi itu, tapi nanti saya akan kongsikan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat


Dalam tempoh lapan hari itu, beliau menjelaskan objektif utama adalah membentuk keserasian dalam kalangan pemain terutama dalam menghadapi cabaran acara berpasukan.

“Objektifnya bagaimana kita dapatkan perasaan sepasukan (team feeling) dan bagaimana pasukan kembali fokus.

“Ini berbeza antara acara individu dengan acara berpasukan. Jadi kita fokus bagaimana semua ahli pasukan berlatih secara berpasukan, saling membantu antara satu sama lain untuk menjadikan pasukan lebih kuat,” katanya.

Rexy pernah membantu pasukan Indonesia muncul juara Piala Thomas empat kali berturut-turut iaitu pada 1994, 1996, 1998 dan 2000 ketika beliau masih aktif sebagai pemain.

Pendekatan simulasi antara persiapan hadapi Piala Thomas, Uber

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker