Covid-19 : 15902 kes baharu, rekod lagi

Covid-19 : 15902 kes baharu, rekod lagi

Kementerian Kesihatan melaporkan 15,902 kes baharu Covid-19, lebih tinggi daripada rekod tertinggi semalam sebanyak 15,573 kes.

Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 996,393 kes setakat ini.



Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,351 kes.

Ia disusuli Kuala Lumpur (2,406), Kedah (867), Johor (804), Sabah (712), Melaka (631), Negeri Sembilan (625), Pulau Pinang (505), Kelantan (502), Perak (469), Pahang (406), Terengganu (267), Sarawak (261), Putrajaya (59), Labuan (30) dan Perlis (tujuh).

Menurut data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan 7,351 kes manakala Kuala Lumpur 2,406.



Kes baharu di dua negeri itu menyaksikan sedikit peningkatan hari ini berbanding semalam.

Seperti mana semalam, Kedah berada di kedudukan ketiga hari ini apabila negeri itu melaporkan 867 kes.

Ini diikuti Johor (804 kes), Sabah (712 kes), Melaka (631 kes) dan Negeri Sembilan (625 kes).

Pulau Pinang dan Kelantan yang telah memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) masing-masing mencatatkan 505 kes dan 502 kes.



Kes baharu terendah hari ini ialah Perlis dengan tujuh kes.

Berita lanjut menyusul

Covid-19 : 15902 kes baharu, rekod lagi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau minta RM100, dia bagi tak?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker