Annuar beri bayangan pertahan Ketereh atas tiket parti lain

#PRU15

Annuar beri bayangan pertahan Ketereh atas tiket parti lain

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan sedia untuk mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan berkemungkinan besar menggunakan tiket parti lain.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh sebaliknya mahu melihat perkembangan terkini sebelum membuat sebarang keputusan berkait dengan masa depan politiknya.

“Saya fikir biar benda itu terjadi dahulu (nama tidak tercalon). Kalau kita fikir dan rancang awal-awal seolah-olah kita nak mendahului qadar dan qadar itu tidak payahlah.

“Cuma pesan saya, jangan panik dan gelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanya dalam hidup. Ini perkhidmatan kepada rakyat, yang penting kita jujur dan jika dilantik buat kerja secara bersungguh-sungguh,” katanya selepas menjawab soalan yang dikemukakan pemberita sama ada beliau akan kekal bertanding jika nama tidak tercalon di Parlimen Ketereh bagi mewakili BN.

Annuar memberitahu, senario politik negara ketika ini sudah berubah dan beliau akan merujuk pemimpin masyarakat, imam-imam dan rakyat untuk mendapatkan pandangan sebelum membuat keputusan.

“Pas kerajaan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerajaan. Kalau dulu keluar parti dari kerajaan masuk pembangkang dan sebaliknya.

“Sekarang ini kalau tidak duduk parti kerajaan, di luar ada parti lain, kerajaan juga,” ujarnya.

Utusan Online semalam melaporkan, arena politik Kelantan yang sebelumnya ‘dingin’ bertukar ‘kecoh’ apabila nama Annuar dilaporkan tidak tersenarai sebagai BN pada PRU15.

Utusan Malaysia setakat ini difahamkan hanya dua nama penyandang yang masih diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon Parlimen pada PRU15 nanti iaitu Datuk Ahmad Jazlan dan Tengku Razaleigh.

Difahamkan, Annuar bakal digantikan oleh Ketua Puteri UMNO negeri yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

Bagaimanapun, cakap-cakap yang mulai tersebar sejak malam tadi itu tidak dapat dipastikan kebenarannya sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat di negeri ini terutama kawasan Parlimen Ketereh.

Pada PRU14, Annuar berjaya mempertahankan kerusi itu dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas (Wan Ismail Wan Jusoh) dan PKR (Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin).

Annuar memperoleh undian sebanyak 25,467 undi, Pas (20,841) dan PKR (6,799). Utusan

Annuar beri bayangan pertahan Ketereh atas tiket parti lain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker