Wanita Islam pertama menjawat jawatan tertinggi diplomatik UK

Fouzia Younis

Wanita Islam pertama menjawat jawatan tertinggi diplomatik UK

London: Diplomat Britain Fouzia Younis mencipta sejarah sebagai wanita Islam Britain pertama dilantik jawatan tertinggi diplomatik United Kingdom (UK).

Fouzia yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Komunikasi Suruhanjaya Tinggi British di Islamabad, Pakistan, dilantik sebagai Konsul Jeneral British di Toronto, bandar terbesar Kanada.

Menerusi ciapan di Twitter, wanita itu mengucapkan terima kasih kepada bapanya yang menghantarnya ke stesen bas pada 4 pagi untuk temu duga kerja dan arwah ibunya yang menyokong keputusannya ke universiti.

Beliau mengakui pengorbanan ibu bapanya demi masa depan keluarga mereka.

Younis memberi penghormatan kepada ibunya, Zohra Begum, yang meninggal dunia baru-baru ini, selepas dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, ibu adalah penyokong kuatnya yang membesarkan empat anak sehingga berjaya.

Fouzia berkongsi di Twitter pengalaman pertama ibunya yang baru berkahwin ketika tiba di UK pada Februari 1977.

“Walaupun berdepan prasangka dan diskriminasi, ibu tabah dan berbakti kepada keluarga serta masyarakat.

“Dia memerangi Islamofobia selepas 9/11 dan seksisme dari dalam komunitinya sendiri,” katanya yang turut menghargai kekuatan dan positif ibunya sebagai inspirasi di sebalik kejayaannya kini.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat dalam jawatan diplomatik di Bangladesh dan Sri Lanka. HM

Wanita Islam pertama menjawat jawatan tertinggi diplomatik UK

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker