TMJ dakwa Selangor dapat ‘bantuan istimewa’

TMJ dakwa Selangor dapat ‘bantuan istimewa’

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Selangor seolah-olah mendapat ‘bantuan istimewa’ apabila akan mengharungi empat aksi berturut-turut pada Ramadan di halaman sendiri.

Menerusi komen di laman Instagram sebuah portal bola sepak, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa ‘kelebihan’ yang diperoleh Selangor itu seperti sudah dirancang dengan ‘orang atasan’.



“Maklumlah FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), MFL (Liga Bolasepak Malaysia), Jawatankuasa Pengadil semua orang mana? Semua perlawanan dari mula pun lawan pasukan baru dinaikkan dan pasukan tercorot liga.

“Macam ada yang nak membantu untuk dapat mata maksimum dan momentum. Bulan puasa tiada perjalanan keluar, semua main tempat sendiri dan di Lembah Klang.

“Macam sudah dirancang dari awal untuk membantu misi tertentu selepas tujuh tahun gagal semenjak Izhar Moslim belakang tadbir,” tulis TMJ.

Selangor memulakan aksi pada Ramadan berdepan KL City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat lalu sebelum menentang Negeri Sembilan di laman sendiri, kelmarin.



Selepas ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan menanti kunjungan Kelantan, Ahad ini dan Terengganu (18 April) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi aksi Liga Super selain menentang Sri Pahang dalam saingan Piala FA di gelanggang sama pada 15 April. BH

TMJ dakwa Selangor dapat ‘bantuan istimewa’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker