Lelaki dilempang berkali-kali lebih tiga minit kerana ramas bontot gadis

BEIJING: Seorang wanita di Nanjing, China bertindak melempang berkali-kali seorang lelaki selama lebih tiga minit selepas lelaki itu didakwa cuba mencabulinya.

Menurut laporan mothership.sg yang memetik Sohu, kejadian berlaku di dalam sebuah tren baru-baru ini.

Saksi memberitahu, lelaki itu hanya tunduk dan langsung tidak memberikan sebarang respons ketika ditampar dan dimarahi wanita berkenaan.



Jelasnya, penumpang lain memilih untuk tidak masuk campur ketika melihat insiden tersebut.

Wanita itu kemudiannya bertindak membuat aduan kepada pekerja tren bahawa lelaku itu telah menyentuh punggungnya.

Suspek berusia 32 tahun itu diarah keluar dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Lelaki dilempang berkali-kali lebih tiga minit kerana ramas bontot gadis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker