Lima negara ini tercorot dari segi pengumpulan, penggunaan data biometrik

 

KAJI selidik dijalankan syarikat penyelidikan teknologi, Comparitech menunjukkan Malaysia tersenarai antara lima negara tercorot dalam pengumpulan dan penggunaan data biometrik.

Malaysia berada di tempat kelima dan berkongsi kedudukan dengan Iraq.

Berikut senarai negara dengan pengumpulan dan penggunaan data biometerik paling buruk yang perlu anda tahu:

 

1. CHINA

China mempunyai pengumpulan dan penggunaan data biometrik terburuk dengan hanya memperoleh 2 daripada 31 mata keseluruhan.

Antara sebabnya adalah kekurangan sistem pengundian biometrik dan kebenaran kemasukan pemegang pasport dari Singapura, Brunei, dan Jepun tanpa visa sehingga 15 hari.

 

2. COSTA RICA

Costa Rica memperoleh tiga mata daripada 31 skor.

Ia berikutan negara itu baru sahaja melaksanakan sistem pengecaman wajah antara negara dan ia turut membenarkan beberapa negara untuk memasuki negara tanpa visa.

Buat masa ini, undang-undang perlindungan data di Costa Rica tidak mampu melindungi penggunaan biometrik dan mengiktiraf biometrik sebagai data sensitif.

 

3. IRAN

Iran memperoleh 5 daripada 31 mata yang turut melibatkan pangkalan data biometrik dan aksesnya kepada polis serta penggunaannya yang meluas.

Ia juga tidak memiliki perlindungan biometrik yang memadai dan jumlah biometrik pelancong juga dalam skala besar.

 

4. AMERIKA SYARIKAT, ARAB SAUDI, EMIRIAH ARAB BERSATU, BANGLADESH, FILIPINA DAN UGANDA

Enam negara itu memperoleh 6 daripada 31 mata.

Antara sebab negara-negara ini tersenarai adalah kerana kurangnya undang-undang khusus untuk melindungi biometrik warganegara

 

5. MALAYSIA

Malaysia berkongsi kedudukan dengan Iraq iaitu hanya 7 mata daripada 31 mata mengikut skala yang diberikan.

Mempunyai mempunyai sistem biometrik pada pasport, kad pengenalan, dan pangkalan data biometrik yang besar dengan akses polis.

Namun tiada undang-undang perlindungan data ke atas penggunaan biometrik dan pengenalan wajah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker