Tahanan lari dari lokap diberkas semula di chalet

Tahanan lari dari lokap diberkas semula di chalet

GEORGE TOWN – Tahanan reman kes dadah yang melarikan diri dari Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru pada Selasa lalu, diberkas semula di Batu Kurau, Taiping semalam.

Suspek berusia 33 tahun itu diberkas di sebuah chalet kira-kira jam 6 petang.

Difahamkan tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.



Sementara itu, satu sidang media berhubung tangkapan tersebut akan dilakukan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain pagi ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Dalam kejadian Selasa lepas, tahanan reman itu melarikan diri pada jam 12 tengah malam dengan memecah bumbung lokap tersebut.

Susulan itu, Mohd Shuhaily mengesahkan enam anggota polis berpangkat Konstabel, Koperal dan Lans Koperal ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kata beliau, suspek bernama Azizi Mohamad Hassan, 33, ditahan pada 20 April lalu dan sedang menunggu keputusan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985. MG



Tahanan lari dari lokap diberkas semula di chalet


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker