Jasad Nagaenthran Yang Dihukum Gantung Di Singapura Selamat Disemadikan

Jasad Nagaenthran Yang Dihukum Gantung Di Singapura Selamat Disemadikan

IPOH: Jasad Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi di Singapura pada Rabu disemadikan dengan cara dibakar di Krematorium Buntong, di sini, Jumaat.

Jasad mendiang dibawa dari kediaman keluarganya di Taman Indah, Tanjung Rambutan dengan menaiki van dan tiba di krematorium itu kira-kira jam 4 petang.



Suasana hiba menyelubungi kawasan berkenaan apabila ahli keluarga dan kenalan mendiang yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir, tidak dapat menahan kesedihan sejurus melihat jasad mendiang.
Terdahulu, upacara keagamaan berlangsung selama sejam yang turut diiringi dengan pukulan gendang sebagai memulakan upacara.

Jasad Nagaenthran kemudiannya dibawa ke pusat pembakaran untuk proses persemadian mengikut cara dibakar pada jam 5 petang.

Suasana hiba menyelubungi kawasan berkenaan apabila ahli keluarga dan kenalan mendiang hadir untuk memberi penghormatan terakhir. – Foto Astro AWANI

Rabu lalu, jasad Nagaenthran dituntut adiknya Navin Kumar, 22, di Penjara Changi dan dibawa dari Johor Bahru, Johor ke Ipoh, Perak dengan menaiki van.



Pada Selasa, Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan Panchalai untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

Nagaenthran, 34, dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72 gram heroin pada 2009 ke Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu dia positif COVID-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya.-AA



Jasad Nagaenthran Yang Dihukum Gantung Di Singapura Selamat Disemadikan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker