Tempah gaun raya untuk kucing kesayangan

Tempah gaun raya untuk kucing kesayangan

Demi kucing kesayangan, seorang wanita sanggup berhabisan wang ringgit demi menempah ‘baju raya’ untuk kucing peliharaannya, Money.

Menerusi satu rakaman klip video yang dikongsi oleh seorang pengusaha tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri di akaun TikTok dan Instagram, ia menunjukkan seekor kucing sedang memakai gaun berwarna kuning.



Lebih menarik, dress comel yang direka oleh Man Kajang tersebut memiliki hiasan manik yang cantik untuk haiwan tersebut.

Haliza menerusi akaun media sosialnya itu berkata, gaun tersebut telah direka oleh seorang pereka fesyen terkenal.

Katanya, setiap tahun, beliau sememangnya akan menempah baju raya untuk kucing kesayangannya itu.

“Kucing ini bukan sekadar haiwan peliharaan biasa, malah ia dianggap sebagai ahli keluarga dan Money sering dibawa ke mana-mana,” ujarnya.



Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata penggemar haiwan berkenaan turut meninggalkan reaksi di ruangan komen.

“Kemain ko Jah, kalah Che Ta,” komen @Arifnurun.

“Baju raya kucing lagi cantik daripada baju raya aku,” seloroh Nadia. K Online

Tempah gaun raya untuk kucing kesayangan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker