PasLeak: Imej Parti Pas Tidak Terjejas – Presiden PAS

PasLeak: Imej Parti Pas Tidak Terjejas – Presiden PAS

Pas yakin isu penyebaran dokumen ‘PasLeaks’ tidak akan menjejaskan imej parti tersebut, kata Presiden parti Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata sehingga kini, Pas sentiasa menerima pertambahan ahli baharu.

“Sehingga hari ini, tiap-tiap bulan kita terima ahli baharu. Tidak kurang dari 1,000 ahli baharu, kadang-kadang 2,000, 4,000 pun ada ahli baharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata hubungan antara pemimpin Pas dengan pemimpin UMNO juga tidak tergugat disebabkan penyebaran dokumen tersebut.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial beberapa keratan dokumen didakwa minit mesyuarat Pas yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan Pas tidak akan menyertai kerjasama politik atau ‘khemah besar’ yang dilapor dicadangkan pemimpin pembangkang tertentu untuk menghadapi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Jelasnya, Pas akan terus mempertahankan agenda perpaduan ummah dengan hanya bekerjasama dengan parti-parti terbesar orang Islam iaitu Bersatu dan UMNO, selain badan-badan bukan kerajaan Islam dan kumpulan serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Kita tidak ikut khemah kerana dalam khemah itu ada ‘tikus’, ‘kucing’, ada macam-macam. Segalanya ada dalam khemah itu,” katanya.-AA

PasLeak: Imej Parti Pas Tidak Terjejas – Presiden PAS

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker