Kekasih kaki scammer, wanita rugi RM428,000

Kekasih kaki scammer, wanita rugi RM428,000

Simpati dengan masalah kewangan dihadapi kekasihnya yang kononnya syarikat mengalami masalah menyebabkan seorang wanita kerugian RM428,000.

Wanita berusia 41 tahun itu menjadi mangsa sindiket ‘Love Scam’ selepas mengenali seorang lelaki warga asing melalui Facebook pada Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin berkata, perkenalan mereka itu berterusan melalui aplikasi WhatsApp menggunakan nombor telefon antarabangsa.

Menurutnya, sepanjang tempoh perkenalan mangsa tidak pernah bertemu dengan suspek dan lelaki itu mendakwa bekerja sebagai jurutera petroleum yang mempunyai syarikat di Singapura.

“Pada Oktober tahun lalu, suspek memberitahu syarikatnya mempunyai masalah kewangan dan meminta pertolongan daripada mangsa.

“Mangsa percaya dengan kata-kata suspek kemudiannya memasukkan wang ke akaun yang didakwa milik peguam suspek berjumlah RM5,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa membuat 47 kali transaksi pembayaran ke empat akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM428,000.

“Mangsa mula sedar ditipu selepas memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga,” katanya. HM

Kekasih kaki scammer, wanita rugi RM428,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker