Puteri Sarah bersedia terima bakal suami orang industri (Video)
Puteri Sarah bersedia terima bakal suami orang industri (Video)
Pelakon Puteri Sarah meminta orang ramai agar mendoakannya bertemu jodoh secepat mungkin.
Menurut Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dia berharap mana-mana lelaki yang bakal menjadi suaminya kelak mampu menyayangi dirinya serta dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.
Malah kata aktres itu, dia juga ingin hidup bahagia seperti beberapa rakan selebriti yang lain.
Doakan saya semoga bertemu jodoh dengan cepat. Macam rakan artis yang lain iaitu Nad Zainal, Mizz Nina. Apa pun doakan saya akan dapat jodoh yang baik, yang boleh sayang saya dengan anak-anak.
Sarah berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan netizen yang bertanyakan apakah dia tidak mahu mencari suami baharu sewaktu melakukan sesi siaran langsung di laman TikTok, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya turut berkongsi moto hidupnya yang tidak akan menoleh kembali kepada kisah lalu.
Moto hidup saya, no turning back (tidak akan berpatah kembali) dan terutamanya kembali pada kisah hidup yang lalu.
Sementara itu, ditanya adakah dia terbuka sekiranya bakal suami merupakan seorang penggiat seni, bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof itu menjawab dia tidak akan menidakkan hal tersebut.
Saya tidak akan cakap tidak, kalau saya cakap tidak nanti tiba-tiba manalah tahu dapat.
Terdahulu, kemelut rumah tangga yang melanda Sarah dan bekas suami Syamsul Yusof akhirnya menemui titik nokhtah apabila disahkan bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun bercerai selepas empat tahun berlaku pergolakan.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.
Sumber: TikTok
Puteri Sarah bersedia terima bakal suami orang industri (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Cabul anak tiri kerana isteri kerap main phone
- Tengku Permaisuri Selangor Dipuji Cantik Berhijab Lepas Balik Dari Haji
- Banglo saya tak sampai RM1 juta pun – Abang Sanusi
- Sanusi tak mahu komen
- 7 bulan kerajaan perpaduan, tiada isu ancam Islam seperti era PH di bawah Mahathir – Shahrir
- Jaguar yang dipinjamkan pada Anwar tidak menggunakan dana Yayasan Aman
- Cat Farish dapat kejutan kenduri besar
- Potong zakar sendiri, buang dalam tandas
- Rangka makhluk aneh menyerupai ikan duyung ditemui wanita jadi tanda tanya
- Penangan Ustaz Somad, 50,000 banjiri Dataran Sejarah
- Mahathir kritik prestasi Anwar, menteri ‘tak buat apa’
- Bunuh rakan kerana sering pinjam, curi duit
- Mission Impossible 7, satu lagi ‘keajaiban’ Tom Cruise
- Kata jaga Melayu, Islam, kekayaan berbilion ringgit – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih
Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi