Penjawat awam antara 13 berparti liar dalam pangsapuri

Penjawat awam antara 13 berparti liar dalam pangsapuri

ISKANDAR PUTERI – Seorang penjawat awam dikesan menikmati hiburan bersama 13 individu dalam ‘private party’ di sebuah unit Pangsapuri Medini, di sini semalam.

Bagaimanapun keseronokan mereka terbantut apabila parti yang diadakan itu dapat dihidu sepasukan polis sebelum diserbu polis kira-kira pukul 4 pagi.



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, susulan serbuan itu, polis menahan seramai 10 orang lelaki dan tiga wanita yang berusia lingkungan 17 hingga 27 tahun.

Menurutnya, berdasarkan hasil risikan, ‘private party’ ini dilanjutkan bermula kira-kira 9 malam, Sabtu lalu hingga lewat pagi keesokkan harinya.

“Penganjur parti liar itu menghantar jemputan kepada individu berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp dan tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap mereka.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati sembilan lelaki dan dua perempuan positif dadah jenis methamphetamine. Bagaimanapun tiada dadah ditemui di pangsapuri itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah melakukan kesalahan dengan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Pelan Pemulihan Negara (PPN 2021).

Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas sebuah set pembesar suara dan alat pemancar cahaya.

Dzulkhairi berkata, hasil semakan mendapati dua daripada kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod orang dikehendaki bagi kesalahan berkaitan dadah. K Online

Penjawat awam antara 13 berparti liar dalam pangsapuri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker