Mahu cuti peristiwa sempena kejayaan Aaron-Wooi Yik

Mahu cuti peristiwa sempena kejayaan Aaron-Wooi Yik

Sejarah yang dicipta pasangan badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul emas pada Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Tokyo jelas sekali membanggakan rakyat Malaysia terutama selepas 45 tahun menunggu untuk meraih kejayaan itu.

Malah, menerusi komen peminat badminton di Facebook tidak putus mengucapkan tahniah selain ada antara mereka melihat kejayaan dikecapi Aaron-Wooi Yik adalah hasil daripada kesabaran dan kesungguhan yang dipamerkan di setiap kejohanan di sertai mereka.



Namun, lebih mencuri tumpuan adalah permintaan daripada rata-rata peminat sukan tanah air yang mahu kerajaan memberikan cuti peristiwa sempena kejayaan terbabit.

“Setelah 45 tahun menunggu akhinya berjaya jua…Terima kasih Aaron Chia n Soh..proud of you…terbaik..lagu NegaraKu berkumandang…sebak terus diri ini ketika mendengarnya..Juara Dunia kini Milik Malaysia..kita cuti esok,” katanya Daudiz.

“Tahniah… World champion tu. Molek sangat kalau isytihar esok cuti… 45 thn dah tggu,” kata Shaiful Anuar.

“Bukan senang menjinakkan Ahsan/setiawan..set pertama hampir2 kalah namun menukar taktikal kepada bertahan.. alhamdulillah berjaya..set ke2 meneruskan momentum..akhir nya kejuaraan Dunia..tahniah Aaron/wooi yik..boleh dah umum cuti peristiwa,” kata Lynaa.



Pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya membuang badi tanpa gelaran namun mereka mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain badminton pertama berjaya bergelar juara di Kejohanan Badminton Dunia.

Kejayaan terbabit berjaya dilakar selepas beregu yang berada di ranking keenam dunia itu mengalahkan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19,21-14.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan kemarau gelaran juara pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 terbabit sejak digandingkan pada 2017.

Mengikut rekod, kali terakhir beregu lelaki negara mara ke final kejohanan dunia adalah pada edisi 2010 di Paris yang menyaksikan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas kepada Cai Yun-Fu Haifeng dari China. HM



Mahu cuti peristiwa sempena kejayaan Aaron-Wooi Yik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker