Agong titahkan PM untuk teruskan uruskan negara

Kerajaan Madani dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmah Shah untuk terus menguruskan negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menjelaskan sesi menghadap yang berlangsung di Istana Negara hari ini, perdana menteri berkata menyembah maklum akan urusan kertas-kertas kabinet yang akan dibincangkan esok.

Katanya Agong kemudian turut mengulas beberapa perkembangan semasa.



“Baginda bertitah supaya saya selaku perdana menteri dan kerajaan Madani untuk meneruskan kerja mengurus negara.

“Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Kenyataan itu muncul ketika sesetengah pemimpin pembangkang memberi bayangan bahawa mereka bersedia untuk mengambil alih kerajaan melalui sokongan yang diberikan majoriti ahli parlimen.

Misalnya kenyataan dibuat Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa parti itu mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan perpaduan.



Media melaporkan Sanusi sebagai berkata pihaknya hanya “menunggu hari saja” untuk melaksanakan rancangan tersebut.

Bagaimanapun Menteri Besar Kedah itu tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai dakwaan dibuatnya.

Dalam kenyataan dibuat Anwar hari ini dia juga menyentuh mengenai “derma” bernilai jutaan ringgit.

“Saya juga menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara,” katanya.



Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa yang dimaksudkan oleh Anwar dengan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, ia mungkin merujuk kepada dakwaan pihak tertentu bahawa sejumlah besar wang dibelanjakan untuk menarik ahli parlimen kerajaan berpaling tadah.

Memang menjadi kelaziman untuk perdana menteri menghadap Agong sehari sebelum mesyuarat kabinet untuk menyembah maklum perkembangan yang akan dibincangkan.

Al-Sultan Abdullah akan menamatkan penggal pemerintahan baginda sebagai Agong pada 30 Jan ini dan berangkat kembali ke Pahang.



Tempat baginda akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Minggu lalu, Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak akan menerima sesiapa untuk menghadap kecuali apa yang telah dijadualkan sehinggalah baginda ditabalkan sebagai Agong ke-17 pada 31 Jan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker