Israel bunuh 700 orang Palestine dalam satu malam

Israel bunuh 700 orang Palestine dalam satu malam

GAZA: Sekurang-kurangnya 700 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman, dengan angka kematian dikhuatiri meningkat.

Ini kerana usaha mencari mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan masih berterusan kerana kawasan yang musnah agak besar.



Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan ia adalah angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam direkodkan sejak Israel melancarkan serangan balas ke atas pejuang Hamas.

Kini, tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza, serta kadar kematian penduduk Palestin yang semakin meningkat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa kini terpaksa merayu supaya serangan kemanusiaan ke atas penduduk Palestin yang kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan elektrik di Semenanjung Gaza dihentikan.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, pada penghujung mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC), mempersoalkan peranan PBB kerana kini Israel seolah-olah kebal daripada undang-undang antarabangsa.



Beliau turut menggesa badan dunia itu tidak mengamalkan dasar pilih kasih dalam menangani konflik di Gaza.

Dalam perkembangan berkaitan, sekurang-kurangnya enam lagi hospital di Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.

Jumlah itu adalah tambahan kepada hospital yang terpaksa ditutup sebelum ini kerana rosak akibat serangan udara, kata WHO dalam satu kenyataan.

“Sekiranya bahan api penting dan bekalan kesihatan tambahan tidak segera dihantar ke Gaza, ribuan pesakit rentan berisiko mati atau berhadapan komplikasi apabila perkhidmatan kritikal ditutup akibat kekurangan bekalan kuasa,” katanya.



Terdapat sejumlah pesakit rentan termasuk sekitar 1,000 orang bergantung kepada dialisis dan sekurang-kurangnya 130 bayi pramatang bergantung kepada inkubator, menurut pertubuhan itu lagi.

Sementara itu, tambah WHO, nyawa pesakit lain yang sedang menjalani rawatan kritikal dan mereka yang perlu dibedah juga bergantung kepada bekalan elektrik yang stabil dan tidak terputus untuk terus hidup.

Pada masa sama, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) juga menekankan keperluan segera bagi bekalan bahan api dibenarkan masuk ke Gaza dan menyokong WHO yang menggesa gencatan senjata disegerakan.

“Bahan bakar sangat penting untuk operasi kemudahan asas seperti hospital, loji penyulingan air laut dan pam air.



“Unit penjagaan intensif neonatal menempatkan lebih 100 bayi baru lahir, sesetengah daripada mereka dalam inkubator dan bergantung kepada pengudaraan mekanikal, bermakna bekalan kuasa yang tidak terputus menentukan antara hidup dan mati,” katanya. BH

Israel bunuh 700 orang Palestine dalam satu malam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker