Remaja hilang ikut teman lelaki ditemui

Remaja hilang ikut teman lelaki ditemui

JASIN: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya pada Ahad lalu ditemui selamat di Kampung Paya Rumput Jaya Sungai Udang, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, remaja berusia 14 tahun itu dipercayai bersembunyi di rumah ibu saudara teman lelakinya.



Menurutnya, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin telah ke lokasi kira-kira jam 1.30 tengah hari.

“Remaja perempuan terbabit telah dibawa semula ke IPD Jasin untuk siasatan selanjutnya dan ahli keluarga juga telah dimaklumkan mengenai hal itu.

“Polis turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak pihak yang menyalurkan maklumat sehingga orang hilang ditemui,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Media pada Selasa, melaporkan seorang remaja perempuan nekad melarikan diri bersama teman lelakinya dipercayai untuk menenangkan diri.
Remaja terbabit dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Kampung Chohong, Chin Chin dan mengikut teman lelaki yang tidak dikenali keluarganya.



Ahmad Jamil berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kehilangan pelajar sekolah menengah itu di IPD Jasin pada jam 10.32 pagi Isnin.

Menurutnya, remaja terbabit turut meninggalkan sekeping nota dan memberitahu dia keluar rumah untuk mencari ketenangan selain membawa beg. Sinar

Remaja hilang ikut teman lelaki ditemui

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker