Tak perlu risau kehadiran IS di Malaysia – Saifuddin

Kegiatan kumpulan berkait IS dipantau dengan kerjasama rakan kongsi keselamatan dan pencegahan keganasan antarabangsa.

Tak perlu risau kehadiran IS di Malaysia – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa tiada sebab untuk bimbang mengenai kehadiran kumpulan yang dikaitkan dengan Islamic State (IS) di negara ini.

Saifuddin berkata, pihak berkuasa mengetahui percubaan kumpulan yang dikenal pasti sebagai Pusat Media Al Malaka itu untuk meluaskan pengaruhnya di sini, lapor The Vibes.



“Kami tak boleh dedah butiran lanjut, tetapi orang ramai tidak perlu risau kerana kami pantau aktiviti mereka dengan kerjasama rakan kongsi keselamatan dan pencegahan keganasan antarabangsa kami,” katanya dipetik portal berita itu.

Tambahnya, sebarang percubaan untuk menggugat keselamatan negara, keamanan dan keselamatan awam akan ditangani dengan serius.

Menurut Bahagian Siber Anti-Keganasan Nordic Counter-Terrorism Network (NCTN), kandungan kumpulan itu tersedia di web tertutup (dark web) dan pautannya dikongsi dengan struktur sokongannya di Malaysia.

Turut didedahkan bahawa kumpulan itu menggunakan ideologi radikal sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk menggugat kestabilan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Pengarah NCTN Andrin Raj berkata, kumpulan itu menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara dan berpotensi mencetuskan tindakan keganasan berskala kecil secara sembarangan di negara ini.

“Tujuannya adalah untuk menggugat kestabilan kerajaan berbilang kaum sekarang. Mereka mempunyai kumpulan sembang yang lebih kecil di Malaysia di mana mereka berkongsi pandangan agama dan propaganda untuk merekrut ahli,” katanya.

L
Kumpulan itu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan media IS di Indonesia dan Filipina.

Sebelum ini dilaporkan operasi IS di rantau Asia Tenggara berpusat di selatan Filipina.



Ketuanya, yang menggunakan nama Abu Zacharia, difahamkan terbabit dengan kumpulan IS yang mengepung Marawi, Filipina pada 2017. FMT

Tak perlu risau kehadiran IS di Malaysia – Saifuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker