Guan Eng saman Azmin

Guan Eng saman Azmin

Pengerusi DAP Lim Guan Eng menyaman bekas menteri kanan Azmin Ali atas dakwaannya bersikap “lansi” atau angkuh sehingga menakutkan komuniti perniagaan Cina.

Azmin didakwa membuat kenyataan itu ketika berucap di hadapan masyarakat Cina dalam kempen PRU15 di Lunas, Kedah pada 12 Nov tahun lepas.



Media melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu dipetik berkata Lim ketika menjadi menteri kewangan telah menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk “mengejar” syarikat dikaitkan dengan MCA.

Azmin menegur Lim supaya menangani hal ehwal berkaitan kegiatan mengelak cukai dengan betul dan tidak menjadi “lansi”.

Beliau turut mendakwa tindakan itu telah menakutkan komuniti perniagaan khususnya peniaga Cina.

Dalam saman difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, Lim berkata walaupun MCA musuh politiknya semasa menjadi menteri kewangan, beliau tidak “mengejar” syarikat yang dikaitkan dengan parti itu seperti didakwa.



Lim berkata kenyataan itu telah menjejaskan reputasinya, menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai menteri kewangan dan melakukan penganiayaan terpilih terhadap syarikat dikaitkan dengan MCA.

“Kenyataan yang menyinggung perasaan itu sengaja dibuat oleh defendan (Azmin) kepada khalayak Cina,” katanya menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan menerusi Simon Murali & Co.

Lim menuntut ganti rugi am yang jumlahnya difikirkan sesuai oleh mahkamah selain menuntut permohonan maaf daripada Azmin menerusi akhbar dan portal The Star. FMT

Guan Eng saman Azmin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan



Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker