PM ke Qatar, UAE bincang kerjasama dua hala

PM ke Qatar, UAE bincang kerjasama dua hala

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 27 hingga 31 Mac ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, kedua-dua lawatan tersebut bagi membincangkan dan mengukuhkan kerjasama dua hala.



Tambah kenyataan itu, semasa lawatan ke Qatar, Ismail Sabri akan mengadakan kunjungan menghadap ke atas Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.

“Agenda utama yang akan dibincangkan adalah mengenai pengukuhan hubungan dua hala Malaysia-Qatar yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang kerjasama.

“Kedua-dua pemimpin akan menetapkan hala tuju kerjasama ekonomi dan usaha pemulihan pasca-pandemik. Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu antarabangsa yang penting.

“Perdana Menteri akan membuat sesi libat urus dengan komuniti perniagaan dan Keluarga Malaysia di Doha,” katanya pada Sabtu.



Sementara itu, di UAE pula, Perdana Menteri dijadual mengadakan kunjungan ke atas Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tenteranya, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Menurut kenyataan, Ismail Sabri juga akan bertemu dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

“Kedua-dua pemimpin akan menyentuh pelbagai kemajuan bidang kerjasama antara kedua-dua negara, termasuk dalam menangani pandemik Covid-19 dan usaha pemulihan pasca pandemik.

“Selain itu, isu-isu antarabangsa akan turut dibincangkan,” ujarnya.



Jelasnya, semasa di Dubai, Perdana Menteri akan melawat Pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai serta bertemu dengan komuniti perniagaan dan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri akan diiringi oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tambahnya, kedua-dua lawatan ini akan mengikut pematuhan prosedur Ooperasi standard (SOP) yang ketat bagi pencegahan Covid-19 yang berkuatkuasa di Malaysia, Qatar dan UAE. Sinar

PM ke Qatar, UAE bincang kerjasama dua hala




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker