Amaran ribut petir di 12 buah negeri

Amaran ribut petir di 12 buah negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca itu dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Keadaan sama juga diramalkan melanda beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 6 petang nanti.

“Di Kedah, daerah yang terlibat ialah di Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula, keadaan itu dijangka berlaku di Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Cuaca sama juga boleh berlaku di beberapa daerah di Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya cuaca sama turut diramal berlaku di beberapada daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Di Sarawak pula, ribut petir beserta hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei.

“Manakala di Sabah, cuaca sama diramal berlaku di Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) sehingga 6 petang ini,” tambahnya.

Tambah kenyataan itu katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. K Online

Amaran ribut petir di 12 buah negeri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker