‘Formula’ baru atasi kejatuhan ringgit akan diumum esok – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan dasar dan langkah drastik diambil kerajaan untuk menangani pelbagai isu ekonomi termasuk kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham negara pada Isnin.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengumuman berkenaan perkara itu akan dilakukan semasa lawatan Perdana Menteri ke Suruhanjaya Sekuriti, tengah hari Isnin.

“Biarlah perkara-perkara dasar seperti itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan.



“Pada pukul 12 tengah hari esok, Perdana Menteri akan melawat Suruhanjaya Sekuriti, dijangka beliau akan umumkan tentang isu-isu berkaitan ekonomi,” katanya diminta mengulas apakah langkah-langkah diambil kerajaaan untuk mengekang kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN) Johor, di Jalan Abdullah Ibrahim di bandar raya ini pada Ahad.

Turut hadir, Pengarah BSN Johor, Mohamad Zulkarnain Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan.

Pada masa ini, nilai tukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat ialah RM4.6 bagi AS$1.



Sementara itu, Ahmad Maslan berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mulai dibayar kepada 8.4 juta penerima, melibatkan peruntukan RM2.14 bilion menjelang Hari Raya Aidiladha yang dijangka diraikan pada 29 Jun ini.

Katanya, sumbangan e-Tunai RM200 kepada golongan belia berumur 18 hingga 21 tahun juga akan diberikan pada minggu ketiga Jun ini.

Sementara rayuan STR pula ujar beliau, boleh dibuat di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau secara dalam talian mulai 1 Julai ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker