Penghantar makanan dicabul lelaki berusia 57 tahun

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis selepas didakwa mencabul penghantar makanan dalam kejadian di sebuah rumah di Sungkai, kelmarin.

Ketua Polis Tapah, Mohd Naim Asnawi, berkata dalam kejadian itu mangsa yang juga lelaki berusia 34 tahun menghantar pesanan makanan ke rumah suspek.

“Suspek bertindak mencabul mangsa. Tindakan itu menyebabkan mangsa membuat laporan sekitar 9.30 malam.



“Siasatan dijalankan dan tangkapan ke atas suspek dibuat pada hari sama sekitar 10.30 malam,” katanya dalam kenyataan, menurut Sinar Harian

Naim berkata, suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dijalankan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker