Anwar-Erdogan setuju bergabung tangani Islamophobia

Anwar-Erdogan setuju bergabung tangani Islamophobia

NEW YORK: Malaysia dan Turkiye mencapai kesepakatan untuk menangani ancaman Islamophobia menerusi pelbagai langkah yang sedang dan akan dilaksanakan.

Bagi tujuan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bersetuju mempertingkatkan usaha kerjasama dan strategi mengekang gerakan membenci Islam oleh pihak tertentu yang berpusat di serata dunia.



Turkiye akan melaksanakan strategi di lokasi kegiatan yang berpusat di Eropah dan Timur Tengah manakala Malaysia di kawasan Asia.

Langkah kerjasama itu dicapai dalam perbincangan ketika pertemuan dua hala dua pemimpin berkenaan sempena Perhimpunan Agung Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Anwar berkata, sikap melampau dan prasangka mengenai apa sahaja terhadap Islam di barat dan negara lain perlu ditangani.

“Kita berbincang (dalam pertemuan hari ini). Ada beberapa siri persidangan telah dianjurkan (sebelum ini) dan akan diteruskan,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di pejabat Perwakilan Tetap Malaysia di PBB di sini.



Pertemuan dua pemimpin berkenaan diadakan di Rumah Turkiye yang menempatkan pejabat Perwakilan Tetap negara itu.

Anwar juga berkata, isu sama akan dibincangkan dalam lawatan Erdogan ke Malaysia yang dirancang hujung Disember berdasarkan tarikh bersesuaian dengan aturcara Yang di-Pertuan Agong.

“Antara isu yang akan diberi penekanan ialah usaha mengadakan lebih banyak pertemuan supaya ada kesepakatan antara negara (bagi menangani ancaman Islamophobia),” katanya.

Anwar juga menjelaskan, sememangnya ada persidangan dan penerangan diberikan, penerbitan untuk menjawab (prasangka dan sikap melampau terhadap Islam) kepada masyarkat dunia.



“Antaranya kita telah menerbitkan lebih 100,000 al-Quran yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Sebanyak 15,000 naskah terjemahan bahasa Sweden dihantar ke negara berkenaan.

“Ia disebarkan ke pusat pengajian, universiti dan masjid. Juga ke Australia, Amerika Syarikat dan negara lain,” katanya. BH

Anwar-Erdogan setuju bergabung tangani Islamophobia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker