TMJ sindir Selangor, “jika kepala tak betul ekor pun tak betul”

Catatan TMJ di laman Instagram miliknya.

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyindir Selangor FC selepas Gergasi Merah tersingkir di peringkat suku akhir Piala Malaysia, semalam.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe tewas menerusi agregat 1-3 kepada Terengganu apabila terikat 1-1 dalam suku akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selepas tewas 0-2 pada aksi pertama 16 September lalu.

Situasi itu menyaksikan Selangor yang dianggap pencabar utama dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) akan menamatkan saingan musim ini tanpa trofi dengan kejuaraan Liga Super juga hampir pasti kekal menjadi milik juara sembilan kali berturut-turut, JDT.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi Instagram miliknya mendakwa Selangor menerima dana RM45 juta daripada kerajaan negeri, namun gagal untuk meraih sebarang kejayaan.



“RM45 juta duit kerajaan setiap tahun. Lapan tahun tiada apa-apa dan hanya ‘scam’ penyokong sendiri. Lapan tahun hina pengurusan lama, tapi hanya ‘claim’ kejayaan mereka.

“Lapan tahun mendabik dada, lapan tahun cepat berpuas hati. Lapan tahun baling batu sembunyi tangan, lapan tahun reka keghairahan sendiri dan apabila gagal, berpura-pura jadi mangsa dibuat orang. Jikalau kepala pun tak betul, ekor pun tak betul,” tulis TMJ di ruangan InstaStory.

Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dan Terengganu turut dicemari dengan insiden pemain pertahanan Gergasi Merah, Yazan Al-Arab didakwa menyepak pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir selepas tamat permainan.

Insiden itu turut mendapat perhatian daripada TMJ dengan mendakwa Selangor FC sebelum ini pernah menulis surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan kelakuan samseng dalam bola sepak.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker