7 jam penderitaan lelaki tersangkut dalam paip pembetung tamat

ANGGOTA penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa selama tujuh jam

MOSCOW – Seorang lelaki di Russia mengalami detik cemas apabila tersekat di dalam sebatang paip pembetung selebar 30 sentimeter selepas memanjat masuk ke dalamnya tanpa sebab munasabah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Anggota penyelamat terpaksa mengambil masa selama tujuh jam untuk mengeluarkan Evgeny Titov, 21, dari paip pembetung itu di sebuah tempat letak kereta di Lapangan Terbang Pulkovo, Saint Petersburg.

Titov melakukan perjalanan ke Saint Petersburg untuk melawat seorang rakan, tetapi mendakwa bahawa dia tidak ingat bagaimana boleh masuk ke dalam paip itu.

Dia merangkak sejauh 12 meter (m) di sepanjang pembetung sebelum tersekat dan terpaksa meminta bantuan.



Operasi menyelamatkan mangsa melibatkan pemotongan tar, menggali lubang sedalam 6 m dan membuka paip pembetung untuk membebaskan Titov yang tidak berbaju.

Dia dibawa ke unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan untuk dirawat akibat hipotermia dan kemudian dipindahkan ke jabatan lain.

Agensi penguatkuasaan undang-undang percaya Titov mabuk ketika kejadian namun, dia menafikan perkara itu.

Media tempatan melaporkan bahawa Titov mungkin perlu bertanggungjawab dari segi kos atas segala kerosakan yang ditimbulkan oleh tindakannya. – Agensi



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker