Polis Buka Kertas Siasatan Wanita Hina Agama Islam Di Kelab Komedi

Polis Buka Kertas Siasatan Wanita Hina Agama Islam Di Kelab Komedi

Polis telah membuka kertas siasatan susulan tindakan seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam yang tular di media sosial hari ini.

Menurut Setiausaha Bukit Aman, Datuk Norsiah Mohd Saaduddin, wanita terbabit dipercayai bertindak sedemikian ketika membuat persembahan di sebuah kelab yang berunsurkan komedi.



Katanya, siasatan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada Sabtu berhubung rakaman video insiden itu yang tersebar.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan atau niat jahat memudaratkan keadaan harmoni.

“Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.



Polis dalam masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak menecetuskan sebarang provokasi yang mampu menyentuh sensitiviti agama dan perkauman dalam kalangan masyarakat.

Video tular berdurasi 50 saat itu memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menanggalkan tudung dan baju kurung sebelum mengeluarkan kenyataan yang dipercayai menghina agama Islam, yang mendapat kecaman banyak pihak.

Jawi siasat video tular wanita hina Islam di sebuah kelab

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menjalankan siasatan awal berhubung satu klip video tular disyaki menghina agama Islam baru-baru ini yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail di sini.

Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata pihaknya mengambil maklum berkenaan video tular berkenaan dan siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Mohd Ajib berkata kepada Bernama ketika dihubungi hari ini bahawa Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam yang berlaku di Wilayah Persekutuan khususnya menjelang ketibaan Aidiladha yang mulia.



Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran lalu menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.

Perbuatannya itu telah mendapat sorakan dan gelak tawa dalam kalangan penonton kelab berkenaan.-AA

Polis Buka Kertas Siasatan Wanita Hina Agama Islam Di Kelab Komedi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker