Lelaki Maut Ditembak Di Tepi Jalan

Lelaki Maut Ditembak Di Tepi Jalan

Kuala Terengganu: Seorang lelaki mati ditembak di tepi jalan Kampung Pasir Tinggi, Hulu Terengganu, hari ini.

Mangsa yang berusia awal 40-an itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bukit Payung Marang.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 2.30 pagi daripada rakan mangsa berusia 40-an.

Beliau berkata, rakan memaklumkan mangsa ditembak individu tidak dikenali yang menaiki motosikal.

“Hasil siasatan awal, mangsa bersama dua rakannya yang berada di lokasi kejadian sebelum itu didatangi dua suspek yang dikatakan mahu berjumpa dengan mangsa untuk berbincang.

“Rakan mangsa mendengar bunyi letupan sementara suspek melarikan diri manakala rakan mangsa membantu mangsa yang terkena tembakan dengan membawanya ke klinik kesihatan yang berdekatan.



“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui selepas Program Bridge To Bridge: Charity Ride Polis Diraja Malaysia Kontinjen Terengganu 2022 di Dataran Batu Buruk di sini, hari ini.

 

MOHD Marzukhi ketika sidang media. FOTO Ghazali Kori

Mohd Marzukhi berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan namun siasatan awal tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu mempunyai kaitan dengan dadah.

Katanya, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat mangsa untuk menentukan kecederaan dan jumlah tembakan yang terkena pada mangsa.



“Berdasarkan keterangan rakan mangsa,mereka mendengar dua kali bunyi letupan dan kita masih menyiasat jumlah sebenar tembakan yang dilepaskan dan senjata yang digunakan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diharapkan dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.



Lelaki Maut Ditembak Di Tepi Jalan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker