Polis giat kesan dalang buang al-Quran – KPN

Polis giat kesan dalang buang al-Quran – KPN

Usaha mengesan dalang membuang al-Quran ke sebuah longkang di Lembah Klang, baru-baru ini masih dijalankan dengan polis selesai merakam percakapan lapan individu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata siasatan berhubung kes itu masih aktif dijalankan bagi mengesan pelaku yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.



“Setakat ini, lapan individu sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan dan siasatan masih lagi berlangsung.

“Pihak berkuasa sedang berusaha bagi memastikan pelaku dalam kejadian ini dapat dikesan dan diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan al-Quran dengan tujuan mengaibkan agama.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian atas agama



Dalam pada itu, Acryl Sani turut menasihatkan masyarakat agar tidak gusar dan mengelak daripada membuat spekulasi berhubung kejadian yang pernah berlaku sebelum ini.

“PDRM dan agensi-agensi yang berkaitan akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan bagi memastikan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia terpelihara.

“Dalam menjaga sensitiviti dan kesucian al-Quran, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin melupuskannya, sewajarnya mendapatkan nasihat daripada pihak Jabatan Agama Islam tempatan sebelum pelupusan dibuat,” katanya.

Beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung siasatan ini, boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan untuk menyalurkannya.



Media pada 19 Februari lalu melaporkan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang individu tidak bertanggungjawab ditemui di dalam longkang berhampiran kolam takungan banjir Taman Sri Murni, di sini.

Sebuah klip video mengenai penemuan al-Quran itu turut tular di platform media sosial TikTok sebelum polis menerima aduan daripada seorang wanota berusia 52 tahun berhubung penemuan itu.

Pengadu dikatakan sedang beriadah bersama suaminya ternampak sebuah beg berwarna biru di dalam longkang berdekatan dengan kolam takungan di tasik itu.

Pengadu kemudian meminta bantuan daripada seorang lelaki yang berada berdekatan untuk membawa naik beg terbabit.



Semua naskhah al-Quran berkenaan dibawa ke Masjid Annas, Kampung Selayang Lama, sebelum laporan polis dibuat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, dilaporkan berkata polis sudah merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan.

Katanya, polis juga merakam keterangan individu yang ada dalam video tular itu bagi tujuan sama dan al-Quran yang ditemui itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. BH

Polis giat kesan dalang buang al-Quran – KPN



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini



Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker