`Terima kasih TPM’

`Terima kasih TPM’

RANTAU PANJANG: Kerajaan diminta membantu menangani masalah banjir besar yang sering melanda di negeri itu, khususnya di penempatan rendah di sini, yang didakwa berpunca daripada projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Terharu menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri di pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini, penduduk berkata, kesudian pemimpin tertinggi itu meninjau keadaan mereka, melegakan mangsa banjir, selain memberi ruang untuk mereka menyuarakan masalah yang dihadapi.



Che Rahmah Awang, 74, berkata beliau gembira dengan kunjungan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu selepas lebih seminggu berduka kerana rumah digenangi air dan masih belum surut sepenuhnya.

“Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana sudi turun padang melihat nasib kami di sini.

“Sekurang-kurangnya kami tahu, nasib kami diambil cakna oleh kerajaan dengan kehadiran pemimpin tertinggi ke sini. Dalam masa sama, membuka ruang untuk kami bertemu mata dengan mereka.

“Saya berharap agar banjir yang melanda ini segera pulih supaya dapat kembali ke rumah yang lebih selesa,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, di sini, hari ini.



Selain SK Gual To’Deh, Ahmad Zahid turut melawat mangsa banjir di SK Gual Periok dan menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada mangsa terbabit.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Ramlah Che Busu, 64, berkata beliau tidak sangka berpeluang untuk berborak dengan Timbalan Perdana Menteri walaupun dalam tempoh masa singkat.

“Beliau sempat bertanya khabar saya sekeluarga dan keadaan rumah yang lebih seminggu digenangi air serta menyampaikan sumbangan bekalan makanan.



“Inisiatif untuk turun padang memberi gambaran beliau adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat dan peka dengan masalah masyarakat setempat khususnya mangsa banjir,” katanya. BH

`Terima kasih TPM’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j



Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker