India enggan lantik hakim gay

India enggan lantik hakim gay

NEW DELHI: Kerajaan India enggan melantik peguam kanan sebagai hakim kerana beliau seorang gay dan mempunyai pasangan warga asing.

Mahkamah Agung negara itu berkata, New Delhi hanya menyahjenayah seks gay pada 2018, dan penentangan terhadap hak gay meluas di negara yang mempunyai populasi 1.4 bilion orang dan sebahagian besarnya adalah konservatif.



Layanan terhadap homoseksualiti agak diterima dalam kalangan kelas pertengahan bandar, tetapi ramai orang India yang mengamalkan gaya hidup gay masih berisiko dipulaukan oleh keluarga, rakan atau di tempat kerja jika mereka mengakui secara terbuka.

Pada November, panel Mahkamah Agung termasuk ketua hakim sebulat suara mengesyorkan Saurabh Kirpal, yang mengaku secara terbuka sebagai seorang gay, untuk dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi di Delhi.

Bagaimanapun, kerajaan telah menolak pencalonannya kerana agensi perisikan dalaman dan kementerian undang-undang negara itu telah membantah atas alasan orientasi seksualnya dan “hubungan intim” beliau dengan seorang warga Switzerland, kata panel itu di laman web mahkamah.

Pentadbiran dipimpin Perdana Menteri Narendra Modi telah menentang percubaan untuk mengiktiraf hubungan sejenis secara rasmi dalam kes yang dibicarakan di mahkamah rendah.



Kirpal dicalonkan atas meritnya, kata panel itu lewat semalam, yang memuji keterbukaannya mengenai orientasi seksualnya dan mengatakan bahawa menolak kenaikan pangkatnya akan melanggar “hak yang diiktiraf oleh perlembagaan.”

Menurut kenyataan itu, menteri undang-undang India menunjukkan “kesungguhan dan semangat Kirpal terhadap hak golongan gay” dan berkata ia menimbulkan kemungkinan berat sebelah dan prejudis.

“Homoseksualiti telah didekriminalisasi di India, namun perkahwinan sejenis masih tidak mendapat pengiktirafan sama ada dalam undang-undang statutori yang dikodifikasikan atau undang-undang peribadi yang tidak dikodkan di India,” tambah menteri itu.

Beberapa pempetisyen memohon perbicaraan Mahkamah Agung dengan harapan membenarkan perkahwinan sejenis.



Mahkamah dan kerajaan nasionalis Hindu Modi terbabit dalam perebutan penamaan hakim.

Sebanyak 20 pencalonan telah dihantar semula tahun lalu dan panel telah menyerahkan semula nama Kirpal untuk pelantikan.

“Tiada sebab untuk mengandaikan bahawa kekasihnya yang berasal dari Switzerland itu akan berlaku secara tidak adil kepada negara kita kerana Switzerland adalah negara yang mesra, tambah panel itu,” katanya.

AFP tidak dapat menghubungi Kirpal bagi mendapatkan komen beliau.



Panel itu berkata, ia telah menasihatkannya supaya tidak bercakap dengan media. BH

India enggan lantik hakim gay

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker