Isteri, anak Isa Samad diangkat sebagai calon BN

 

Isteri bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad iaitu Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan anaknya, Mohd Najib dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Isteri dan anak bekas Ahli Parlimen Jempol merangkap bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu akan bertanding pada PRN Negeri Sembilan.



Bibi Sharliza yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan dipertaruhkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh.

Mohd Najib yang juga Timbalan Ketua UMNO Port Dickson pula akan bersaing di kerusi DUN Bagan Pinang.

BN terdahulu mengumumkan akan bertanding di 107 kerusi DUN daripada 245 kawasan pada enam PRN Ogos depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 63 peratus calon dikemukakan merupakan calon muka baharu dengan 18 peratus adalah penyandang sedia ada dan dicalonkan semula.



Katanya, sebanyak 20 peratus calon pula adalah mereka yang pernah bertanding tetapi menawarkan diri untuk memastikan adanya kesinambungan muka baharu dan lama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik



Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker