Cukuplah! Jangan benarkan lagi ahli politik bukan Islam masuk masjid

Bermuka-muka bagi bantuan tapi bawa agenda besar raih sokongan

Gambar Hiasan***

Kedatangan ahli politik bukan Islam di masjid atas alasan kononnya untuk memberi bantuan – padahal meraih undi – wajar dielakkan kerana boleh membuka ruang fitnah.

Bahkan, tindakan pemimpin bukan Islam memberi bantuan diselangi ucapan bersaksi dengan kekufuran mereka untuk menjaga kebajikan orang Islam juga tidak boleh diterima oleh syarak.

Hal ini dijelaskan dalam Surah At-Taubah ayat 17 dan 18, bahawa Allah SWT melarang orang kafir masuk ke masjid kerana mereka bersaksi dengan kekufuran mereka berbanding dengan orang Islam yang mana mereka beriman kepada Allah, justeru mereka layak memakmurkan rumah Allah.

Ketua Pergerakan Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan Muda berkata, aktiviti yang mencemarkan agama Islam perlu disekat lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

“Ini yang kita tak nak, bermuka-muka menyampaikan bantuan tapi sebenarnya mereka membawa agenda besar iaitu meraih sokongan.

“Kemudian dengan sokongan tersebut mereka memenangkan agenda Kristian dan sebagainya.

“Ini yang kita kena lihat dan sampaikan kepada masyarakat, supaya Ramadan tahun ini cukup-cukuplah benarkan ahli politik bukan Islam masuk masjid. Kalau boleh kita tak nak benarkan kerana buka ruang fitnah yang besar,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

PN gagal, UMNO dipersalahkan?

Dalam pada itu, beliau kesal dengan tindakan segelintir masjid yang menyambut pesta yee sang semata-mata ingin meraih simpati dan menunjukkan sikap toleransi kepada masyarakat bukan Islam.

“Ini tak betul. Yang tepat adalah institusi masjid memperkasakan dana umat Islam dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin bukan Islam.

“Seperti mana yang berlaku hari ini, orang Melayu terpaksa minta bantuan dengan gereja. Ini tidak betul, sepatutnya masjid-masjid diperkasakan, institusi dana diperkuatkan dan akhirnya umat Islam yang fakir miskin boleh minta bantuan dengan masjid.

“Hatta kita juga sebagai muslim menjaga kebajikan orang bukan Islam itu betul,” katanya.

Selain itu, Ustaz Fahmi Bazlan tidak menolak kehadiran bukan muslim ke masjid, bagaimanapun tegasnya, tindakan tersebut perlu dilakukan dengan hasrat ingin mendalami Islam.

Beliau berkata, ulama membenarkan dalam beberapa keadaan orang bukan Islam masuk ke masjid tetapi hati mereka mesti ada ‘muyul’ kecenderungan untuk masuk Islam.

“Seperti mana orang yang dah kaji, tahu tentang Islam nak masuk Islam, kena masuk masjid jumpa imam dan sebagainya untuk dapatkan penjelasan tentang Islam. Memang kena rujuk kepada mereka yang yang boleh menceritakan tentang agama itu dengan baik.

“Ada yang nak masuk masjid sebab hati nak tengok bagaimana orang Islam menunaikan akitviti solat mereka. Uniknya umat Islam dalam saf, azan, bacaan al-Quran, itu jelas mereka nak mendekati dan masuk Islam.

“Ada yang nak tengok hiasan dalam masjid sahaja itu sudah cukup untuk masuk Islam. Itu memang ada ruang yang dibenarkan dengan adab-adab telah ditetapkan seperti tutup aurat dan sebagainya,” katanya.

Guna KWAN kerajaan PN pertaruh masa hadapan generasi akan datang – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker