MUDA masih menagih simpati Kerajaan Perpaduan

Muda sekali lagi diketepikan daripada mesyuarat parti pemerintah kerajaan gabungan.

Pada masa sama, Muda juga masih menunggu jawapan daripada Pakatan Harapan untuk membincangkan perkara berkaitan peranan parti itu dalam kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Menurut Setiausaha Agung Muda Amir Hariri Abd Hadi (gambar, bawah), parti itu tidak dijemput ke mesyuarat kedua sekretariat kerajaan perpaduan itu, yang diadakan di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur malam ini.



“Tak hadir. Kita tak ada terima sebarang jemputan,”

Mesyuarat yang dijadualkan malam ini dikatakan untuk membincangkan enam pilihan raya negeri akan datang.

Setakat ini, pemimpin Umno, PKR, DAP, GPS dan MCA antara yang dilihat tiba di tempat mesyuarat itu.

Menurut seorang pemimpin kanan salah satu pihak terlibat dalam mesyuarat itu, agenda yang dijangka akan dibincangkan termasuk peruntukan kerusi dalam kalangan parti yang menyokong pentadbiran persekutuan sekarang.



Ini merupakan kali kedua Muda diketepikan daripada mesyuarat sekretariat parti pemerintah, selepas mesyuarat pertama pada 7 Feb, yang diadakan di tempat yang sama.

Turut tersisih ketika itu ialah Parti Bangsa Malaysia (PBM). Masih belum dapat dipastikan jika PBM dijemput ke mesyuarat hari ini namun setakat ini tiada seorangpun kelibat pemimpinnya dilihat hadir di ibu pejabat Umno.

Sementara itu, Amir juga berkata PH juga tidak memberi maklum balas terhadap permintaan Muda untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu-isu termasuk peranan Muda dalam kerajaan.

“Kita telah hantar surat ketiga untuk atur perjumpaan bersama sekretariat PH bertarikh 18 Feb.



“Masih menunggu respon. Sama ada dijemput atau tidak, Muda akan fokus pada persiapan parti menjelang PRN,” katanya.

Menurut Amir lagi, permohonan Muda untuk menyertai PH juga tiada sebarang perkembangan.

Katanya, jawapan terakhir yang mereka terima ialah daripada Anwar sebelum pilihan raya umum ke-15 tahun lepas.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker