Kes Da’i Syed lemah, pendakwa tak kemuka rayuan

Kes Da’i Syed lemah, pendakwa tak kemuka rayuan

Pendakwaan tidak akan mengemukakan rayuan terhadap pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atas dua pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Nik Suhaimi Nik Sulaiman, berkata keputusan itu disebabkan “fakta tidak memihak kepada kita”.



Menurutnya, pengadu kes itu membuat laporan polis untuk menarik balik laporannya yang terdahulu.

“Beliau tidak mahu meneruskannya. Kami tidak akan berjaya kerana fakta tidak memihak kepada kami,” katanya dalam pesanan teks kepada FMT.

Beliau berkata, polis turut merekodkan percakapan saksi berkenaan.

Katanya, timbalan pendakwa raya semalam memohon tertuduh, yang lebih dikenali sebagai Da’i Syed, dilepas tanpa dibebaskan, tetapi Mahkamah Sesyen membebaskannya selepas mematuhi kes duluan yang mengikat berkaitan penghakiman Mahkamah Rayuan.



Hakim Jamaludin Mat membebaskan tertuduh mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Prosedur Jenayah bagi kedua-dua tuduhan, dan memerintahkan wang jaminan berjumlah RM25,000 dipulangkan.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon Da’i Syed dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi kedua-dua tuduhan.

Bagaimanapun, peguam bela Syed Amirul Syed Edros berhujah bahawa tindakan pengadu menarik balik laporan polisnya menunjukkan beliau tidak berminat meneruskan kes itu.

“Laporan polis yang menjadi asas telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan,” katanya.



Pada 10 Dis 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang wanita yang ketika itu berusia 22 tahun di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana antara 3 hingga 4 pagi pada 17 Okt 2020.

Dia turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan maksud mencabul kehormatannya pada tarikh dan lokasi sama. FMT

Kes Da’i Syed lemah, pendakwa tak kemuka rayuan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker