Hajat Malaysia rangkul Piala Asia tak kesampaian

Hajat Malaysia rangkul Piala Asia tak kesampaian

Kemarau Malaysia selama 40 tahun untuk merangkul kejuaraan hoki Piala Asia berterusan selepas tewas 2-1 kepada Korea Selatan dalam aksi final di Jakarta, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara mengulangi pencapaian terbaik sebelum ini apabila turut muncul naib juara pada edisi 2017 di Dhaka, Bangladesh sejak kejohanan diperkenalkan pada 1982.

Korea pula merekodkan kejuaraan kelima pasukan itu selepas turut mengunguli saingan bermula 1994 di Hiroshima, Jepun, 1999 (Kuala Lumpur), 2009 (Kuantan) dan 2013 (Ipoh).

Terdahulu, pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Gelora Bung Karno itu, Korea terlebih dahulu di depan menerusi gol padang yang disudahkan Jung Manjae pada minit ke-17.

Bagaimanapun, skuad negara tidak menunggu lama untuk kembali bangkit menyamakan kedudukan apabila pemain pertahanan, Syed Syafiq Syed Cholan meledak gol padang pada minit ke-25 sekali gus mengikat kedudukan 1-1.

Pemain tengah Korea, Hwang Taeil muncul wira pasukan itu apabila meledak gol kemenangan menerusi gol padang yang disudahkannya minit ke-52.

Sebelum ini, skuad negara menang 5-4 ke atas Korea dalam aksi peringkat kumpulan sebelum seri 2-2 ketika saingan Super 4.

Skuad negara sudah pun mengesahkan tiket beraksi di Piala Dunia tahun depan selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik Piala Asia 2022. BH

Hajat Malaysia rangkul Piala Asia tak kesampaian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker