Kren rebah lagi di SUKE, 2 maut, 2 parah

 

Kemalangan ngeri meragut dua nyawa dan menyebabkan dua lagi cedera parah setelah kren pembinaan rebah di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) dan menghempap sebuah kereta.

Kemalangan itu berlaku berhampiran sebuah kondominium di Persiaran Alam Damai, Cheras.

Satu kenyataan oleh Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahkan bahawa mereka telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.45 pagi dan mengerahkan 25 anggota dari stesen Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah ke lokasi kemalangan.

Kenyataan itu tidak menamakan lebuh raya berkenaan.

Menurut ketua operasi Mohd Khairul Azmi Jaafar, kejadian itu melibatkan struktur besi ‘Kren Launcher’ pembinaan lebuh raya yang telah jatuh dan menghempap sebuah kereta Perodua Bezza.

Tiga daripada mangsa adalah pekerja yang mengusahakan projek pembinaan. Dua daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang yang lain mengalami kecederaan serius, sementara pemandu kereta, yang merupakan warganegara Malaysia, juga mengalami kecederaan serius.

Ketika laporan ini ditulis, salah seorang mangsa dikatakan masih terperangkap, dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker