MB Selangor akan langsai hutang kerajaan negeri pada persekutuan menjelang 2024

Menteri Besar Amirudin Shari yakin Selangor melalui belanjawan negeri 2024 akan dapat melunaskan hutangnya dengan kerajaan persekutuan menjelang tahun depan.

Semasa bacaan pertama Belanjawan Selangor 2024 di Shah Alam hari ini, Amirudin mengumumkan Belanjawan Selangor 2024 berjumlah RM2.53 bilion – dengan anggaran defisit berjumlah RM330 juta – lebih rendah daripada RM450 juta yang dicatatkan tahun lalu.

Daripada jumlah itu, RM1.33 bilion (52.6 peratus) diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion (47.4 peratus) untuk perbelanjaan pembangunan.



Bagaimanapun, dia berkata negeri itu dijangka mengutip hasil berjumlah RM2.2 bilion tahun depan, yang merupakan unjuran berdasarkan rekod prestasi sebelum ini yang mencecah jumlah RM2 bilion setakat Ogos 2023.

“Antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun 2024 adalah Premium Tanah iaitu sebanyak RM890.94 juta bersamaan 40.5 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan.

“Penyumbang kedua terbesar adalah hasil Cukai Tanah iaitu sebanyak RM622.65 juta bersamaan 28.3 peratus,” katanya.

Amirudin menambah, penyumbang ketiga terbesar akan datang daripada geran oleh Kerajaan Persekutuan, berjumlah RM212.96 juta yang membentuk 9.7 peratus daripada pendapatan untuk 2024.



Mengambil kira semua itu, Amirudin menyasarkan negeri yang diterajuinya itu akan membayar sepenuhnya hutangnya kepada kerajaan persekutuan, yang kebanyakannya terdiri daripada pinjaman Projek Bekalan Air dan Skim Amanah Saham Selangor (ASAS).

“Berdasarkan rekod terkini, baki hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM19,207,475.78,” katanya.

Jelasnya, komitmen penyelesaian liabiliti hutang Selangor pada 2024 juga rendah, dengan hanya melibatkan penyelesaian baki ansuran akhir skim Asas berjumlah RM1,893,379.47.

“Baki pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM17,314,096.31 secara jelasnya telah termaktub dalam Perjanjian Penyelesaian Global berkenaan penstrukturan industri air Selangor akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang hanya memerlukan tindakan urusan dokumentasi yang mana sedang dalam tindakan PAAB untuk diselesaikan sepenuhnya,” katanya.



Sementara itu, Amirudin juga mengingatkan mengenai kepentingan perpaduan masyarakat di Selangor.

“Perpaduan tidak boleh dibangunkan di atas puing-puing kebatilan dan pengkhianatan. Ianya mesti dibangunkan di atas paksi kebenaran dan keyakinan yang sejati.

“Sebagai Menteri Besar Selangor, ya saya mahu orang Melayu bersatu-padu, saya juga mahu orang Melayu bersatu padu dengan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya mahu nyatakan bahawa orang Melayu adalah pribumi negara ini, manakala seluruh warganegara Malaysia adalah setara.



“Cita-cita inilah yang dituangkan ke dalam Belanjawan Negeri 2024, cita-cita perpaduan dan kemajuan,” katanya.

“Perpaduan mestilah juga berteraskan dengan cita-cita sebegini bukanlah berbaurkan sentimen dan kebencian,” kata Amirudin lagi.

Ucapan menteri besar selama tiga jam bertemakan “Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Mencetuskan Perpaduan,” menghuraikan empat teras utama – pemangkin pelaburan berkualiti untuk menjana pendapatan tinggi, meningkatkan pendidikan bestari sambil memastikan persekitaran yang mampan, serta melindungi kebajikan rakyat dan meningkatkan perpaduan masyarakat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker